“Confirm Tak Beli Baju Raya ” Kes Makin Meningkat Michael Ang Tak Raya Tahun Ni

Peningkatan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sejak belakangan ini, ternyata mengundang kerisauan segelintir masyarakat. Di Instagram, penerbit dan pengarah, Michael Ang memberi nasihat kepada semua masyarakat agar menjaga diri dan tidak mementingkan diri sendiri dalam situasi sebegini.

Okay confirm tak payah beli baju raya. Simpan duit saja la. Raya ni kita main masak-masak dan makan sendiri dekat rumah saja la. Apoo 2800 kes Covid. Tolong la duduk rumah kalau tak ada benda penting dekat luar tu. Menakutkan MCO balik.

Menurut Michael Ang, dia sudah menyangka mengenai jumlah kes Covid-19 di Malaysia yang diumumkan semalam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oleh itu, dia memohon kepada semua masyarakat agar menjaga diri sentiasa. Tambah Michael Ang, tahun ini dia tidak perlu membeli baju raya dan duit tersebut boleh disimpan.

Kami duduk rumah kayangan merayap sini sana.

Dah setahun lebih kami duduk di rumah Mic. Bila la boleh beraya dengan keluarga.

Kami pun terkejut dengan angka semalam.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen masih meletakkan harapan supaya pihak kerajaan dapat memberi kebenaran buat mereka untuk pulang beraya. Namun begitu, ada juga yang berpendapat angka tersebut bakal menurun sekiranya dalam tempoh beberapa minggu ini semua rakyat Malaysia patuh akan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sumber : Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Confirm Tak Beli Baju Raya ” Kes Makin Meningkat Michael Ang Tak Raya Tahun Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*