Jaga batas! Amyra Rosli Syukur Diganding Dengan Saharul Ridzwan & Izzue Islam

Sesuai dengan penampilan berhijab, aktres Amyra Rosli bersyukur apabila digandingkan dengan aktor Saharul Ridzwan dan Izzue Islam dalam drama terbaru lakonan mereka, Sabarlah Duhai Hati.

Memetik laporan Xtra, aktres berusia 30 tahun itu berkata, dua aktor tersebut sangat menjaga batas ketika menjayakan babak romantis tanpa perlu bersentuhan antara satu sama lain.

“Saya amat menghormati Saharul dan Izzue kerana mereka berdua sangat menjaga batas dan mengajar saya teknik tertentu…
“…untuk melakonkan adegan romantik supaya lakonan itu berkesan tanpa perlu bersentuhan,” kata pemilik nama Nur Amira Izzati Rosli itu.

Menurut Amyra, suaminya Amar Baharin juga memberi izin sekiranya perlu melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki, namun ia perlu berlapik.

“Biasanya bukan babak bersentuhan bersama hero sahaja tetapi macam dengan watak seperti bersalaman antara ahli keluarga, bapa dan sebagainya,” ujarnya.

Drama adaptasi novel hasil karya Mimie Afinie itu diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan akan ditayangkan di slot Akasia TV3, bermula 28 April ini.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Jaga batas! Amyra Rosli Syukur Diganding Dengan Saharul Ridzwan & Izzue Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*