Pemuda Melatah Menari Di Tepi Jalan Akibat Di ‘Honk’ Oleh Kenderaan

Masyarakat kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi mengambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.

Kali ini tular satu video di aplikasi Tiktok menunjukkan seorang pemuda yang melatah ketika di honk oleh pemandu lain yang dipercayai rakannya.

Keluar dari kereta membawa beberapa dokumen untuk diserah kepada rakannya. Melihat kepada itu, rakannya terus menekan hon kenderaan nya yang berbunyi kuat sehingga menyebabkan pemuda tersebut melompat menari-nari di tepi jalan.

Bukan sekali menyakat malah ketika hendak masuk ke kereta nya juga sempat di tekan honk maka melompatlah pemuda tersebut sambil menari-nari di tepi jalan sebelum masuk ke dalam keretanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dgn aksi melatah pemuda tersebut, namun begitu ada juga yang prihatin dan menegur perbuatan itu bahaya sekiranya pemuda tersebut melatah dan berlari ke arah kenderaan yang sedang lalu lintas.

Teks by Staff Media Kita

Sumber : Tiktok jebattruckers by Media Kita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pemuda Melatah Menari Di Tepi Jalan Akibat Di ‘Honk’ Oleh Kenderaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*