Selebriti Bukan Golongan Kayangan, Saya Dan Isteri Pernah Dikompaun – Shuib

Jika bercakap soal prosedur operasi standard (SOP), segelintir warganet di media sosial pasti meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila mendakwa terdapat perbezaan layanan antara rakyat marhaen dan golongan kayangan.

Bagi pelawak dan usahawan Shuib, dia menolak dakwaan selebriti adalah golongan kayangan yang tidak akan menerima hukuman sekiranya melanggar SOP.

Menerusi laporan Utusan Online, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menyifatkan semua rakyat adalah sama dan tidak melihat wujudnya perbezaan hukuman terhadap golongan tertentu.

“Sama sahaja, saya dan isteri dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar SOP. Kami mengakui kesalahan dan tidak ada pengecualian dalam menerima hukuman.
“Tetapi kesalahan itu bukan kerana merentas negeri. Sebab soal merentas negeri kami mempunyai dokumen lengkap berkaitan kerja,” katanya.

Pemilik jenama minuman air boba Bubble Bee itu menjelaskan, dia sendiri tidak pernah mendapat layanan istimewa sebagai seorang selebriti kerana semua rakyat adalah sama dari segi undang-undang.

“Tidak wujud golongan kayangan atau apa. Sebab di mata undang-undang kita semua sama. Termasuklah menteri sekalipun,” ujarnya.

Pada Februari lalu, Shuib dan isterinya Siti Sarah dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati mengingkari SOP di sebuah restoran di Kuala Lipis.

Pasangan tersebut didapati duduk di sebuah meja yang melebihi dua orang selain tiada penjarakan fizikal seperti prosedur ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selebriti Bukan Golongan Kayangan, Saya Dan Isteri Pernah Dikompaun – Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*