Dah Ada Lagu Khas Buat ‘Anakanda’ Kedua, Tokti Sudah Lancar MV

Beberapa tahun lepas, lagu ‘Comel Pipi Merah’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza ditujukan khas buat anak perempuannya, Siti Aafiyah pernah menjadi ‘trending’ di seluruh Malaysia.

Sempena kelahiran anak keduanya pada 19 April 2021 lalu, penyanyi yang mesra disapa Tokti itu dikhabarkan turut mencipta lagu baru berjudul ‘Anakanda’ buat puteranya itu.

Video pendek memaparkan ‘teaser’ MV lagu tersebut dikongsi oleh pelantun lagu ‘Anta Permana’ itu menerusi laman Instagram miliknya.

Memetik temubual bersama Gempak, penyanyi berusia 42 tahun itu mencipta lagu berkenaan ketika sedang mencari ilham lagu khas untuk anak yang bakal dilahirkan.

“Siti pilih rentak inang bagi menyesuaikan dengan konsep keseluruhan album kanak-kanak klasik, Legasi,” katanya.

Difahamkan lagi, lagu ‘Anakanda’ menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri seorang anak lelaki di samping menerapkan nilai bertanggungjawab kepada orang sekeliling.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dah Ada Lagu Khas Buat ‘Anakanda’ Kedua, Tokti Sudah Lancar MV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*