Kongsi Foto Manis Berniqab, Adira Raih Pujian Serta Komen Positif Peminat

Kebelakangan ini semakin ramai artis mengubah penampilan dari ke arah lebih konservatif dan Islamik.

Salah seorang antara mereka adalah selebriti dikenali ramai yang popular dengan imej berniqab dan sering menjadi bualan hangat netizen.. Hah, siapa lagi orangnya kalau bukan Neelofa?

Setelah lama menyepi dari dunia hiburan, baru-baru ini penyanyi Adira Suhaimi pula mengejutkan para peminat apabila dia memuat naik video serta gambar memakai niqab di Instagram!

Menerusi video dan gambar yang dikongsi, pemilik nama Siti Adira Suhaimi itu tampil ayu dan sopan mengenakan jubah dipadankan dengan niqab berwarna ‘nude’.

“Jatuh cinta. Terima kasih kak @sitisarahraissuddin @lovetahq,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut kapsyen yang ditulis tersebut, difahamkan bahawa niqab tersebut adalah pemberian daripada penyanyi Siti Sarah buat pelantun lagu ‘Takdir Tercipta’ itu.

Tambahan lagi, Sarah turut meninggalkan komen dan dibalas dengan ucapan terima kasih oleh Adira.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat penampilan Adira dan memuji kecantikan penyanyi berusia 30 tahun berkenaan.

Meskipun gambar berkenaan hanya sekadar ‘marketing’, namun ada juga yang mendoakan agar suatu hari nanti Adira terbuka hati untuk kekal berpakaian sebegitu.

Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang juga merupakan seorang usahawan pada 3 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata bernama Anggrek, Asan dan Anggun.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kongsi Foto Manis Berniqab, Adira Raih Pujian Serta Komen Positif Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*