Hilang 500,000 Pengikut, Instagram Didie Alias Dig0dam Pihak Tidak Bertanggungjawab

Pelakon yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Didie Alias mengesahkan bahawa akaun Instagramnya telah digodam pihak tidak bertanggungjawab pada hari Isnin.

Dia juga turut mengingatkan rakan artis agar tidak menekan apa-apa pautan yang dihantar kepada mereka melalui Instagramnya kerana telah dikawal individu tersebut.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd,49, memberitahu bahawa akaun media sosialnya itu telah diambil alih pengg0dam setelah menekan pautan yang dihantar oleh pelakon Syanie di mana akaun Instagramnya telah di‘h4ck’ sebelum itu.

“Instagram saya kena god4m, saya minta sangat kalau dapat mesej daripada IG saya, jangan klik apa-apa. Kalau klik link itu, nanti IG anda pula akan kena h4ck. Saya tertekan link yang dihantar IG Syanie (Pelakon Syanie Hisham) menerusi direct mesej, padahal yang hantar mesej itu bukan Syanie..IG dia dah pun dah kena h4ck sebelum itu..”

Malah, jelas pelakon yang terkenal dengan gelaran Cik Salmah semenjak membintangi drama Takdir Yang Tertulis itu turut diugut dengan bayaran sebanyak RM4,100 oleh pengg0dam berkenaan jika mahu akaunnya dikembalikan.

Menurut Didie lagi, dia telah membuat laporan kepada pihak FB dan Instagram mengenai kejadian malang itu.

Didi dalam pada itu turut meluahkan rasa kekesalan kerana media sosial Instagramnya itu merupakan salah satu platform terpenting dalam mencari rezeki di mana ianya telah mempunyai lebih 515,000 pengikut.

“Dah lama saya buat iG sejak lapan tahun lalu dan dari sini juga kadang-kadang saya dapat rezeki, buat review dan promosikan semua event yang saya anjurkan…” ujarnya kesedihan.

Terkini, Didie bakal menganjurkan majlis Raya Bersama Che Salmah yang akan diadakan pada 30 April hingga 2 Mei ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Hilang 500,000 Pengikut, Instagram Didie Alias Dig0dam Pihak Tidak Bertanggungjawab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*