‘Muhammad Afwa’ Nama Pilihan Untuk Anak Lelaki Siti Nurhaliza

Ramai tahu pada tarikh 19 April lalu, penyanyi lagenda Datuk Siti Nurhaliza baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata lelaki.

Hari ini, genaplah 7 hari usia putera sulungnya itu. Seperti yang dirancang sebelum ini, pelantun lagu Anta Permana itu berbesar hati mengumumkan nama anak keduanya kepada para peminat.

Berita gembira tersebut dikongsi melalui satu ‘posting’ di laman Facebook miliknya.

“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa,” tulisnya.

Menurut pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin itu, nama Muhammad Afwa dipilih kerana ia membawa maksud yang baik iaitu keampunan atau kemaafan.

Seiring dengan kelahirannya pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan kemaafan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 42 tahun itu turut berkongsi beberapa keping gambar bayi keduanya yang kelihatan begitu mirip dengan wajah ibunya~ Masyaallah, tabarakallah!

Bukan itu sahaja tau! Ada berita gembira lagi. Selain mengumumkan nama, Siti turut melancarkan lagu khas buat anak keduanya yang berjudul ‘Anakanda’ dan disiarkan menerusi saluran YouTube Siti Nurhaliza, hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap perkhabaran tersebut.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Muhammad Afwa’ Nama Pilihan Untuk Anak Lelaki Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*