Peniaga Burger D4kwa Kena K0mpaun 50K Gara-Gara Meniaga Burger Lebih Masa

Seorang pengguna FB dikenali sebagai Faisal Burger berkongsi satu surat s4man yang dipercayai telah dikeluarkan oleh pihak pol1s.

Perkongsiannya itu bagaimanapun, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengapa dia dikenakan komp4un dengan kadar yang begitu banyak.

Menerusi surat sam4n yang ditulis pada 2321 (11.30 malam), menunjukkan lelaki berkenaan telah dik0mpaun sebanyak RM50k. Namun, tulisan yang tertera pada resit berkenaan tidak jelas mengapa dia telah dikenakan tindakan sedemikian rupa.

Alahai dugaan bulan puasa, niaga burger depan tangga rumah pukul 11 lebih p0lis mari. Niaga burger kena komp4un 50k. Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah ada hikmah di sebalik kejadian niaga pun untuk buat lepas bayar bil bulan-bulan ja.

Peniaga tersebut dikenakan komp4un berikutan beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

Ketika itu tiada seorang pelanggan pun di gerai, saya sedang siapkan pesanan pelanggan iaitu golongan pekerja kilang. Biasanya pesanan itu saya akan hantar (COD) di kilang mereka bekerja. Saya terkejut kerana dik0mpaun dengan nilai setinggi itu. Dengan keadaan PKP dan tempoh niaga yang begitu terhad ini. Memang saya belum tutup kedai, tapi dah tak niaga ketika itu. Cuma siapkan tempahan untuk dihantar. Meja pun saya tak buka.

Difahamkan, terdapat lap0ran yang telah dibuat mengadu akan kedainya yang telah beroperasi melebih waktu yang telah ditetapkan.

Sejak PKP tahun lalu saya cuma berniaga di rumah dan ini merupakan satu-satunya mata pencarian saya. Saya merayu agar komp4un ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu jauh daripada kemampuan saya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat masing-masing ada yang menyatakan lelaki berkenaan telah mel4nggar SOP yang telah ditetapkan iaitu berniaga melebihi waktu yang telah ditetapkan oleh pihak MKN

Pada masa yang sama, ada juga yang menyifatkan kadar komp4un yang dikenakan adalah terl4mpau mahal dan tidak mampu dibayar oleh peniaga berkenaan.

Sumber : OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Peniaga Burger D4kwa Kena K0mpaun 50K Gara-Gara Meniaga Burger Lebih Masa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*