Selepas 11 Tahun Beraksi Bersama, Lee Kwang Soo Bakal Tinggalkan RunningMan

Lee Kwang Soo bakal keluar dari Runningman. Pelakon yang terkenal melalui variety show itu telah memutuskan setelah 11 tahun bersama. Berikut adalah kenyataan dari agensinya.

King Kong by Starship, agensi kepada Lee Kwang Soo mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini.

“Kami mengumumkan bahawa Lee Kwang Soo akan keluar dari Running Man setelah penggambaran yang terakhir pada 22 May akan datang”

Tambah mereka lagi, ini adalah kerana keadaan fizikal Kwang Soo sendiri.

“Selepas kemalangan kereta tahun lepas, Lee Kwang Soo terpaksa menerima rawatan fisioterapi. Walau masih meneruskan terapinya, ini akan menyebabkannya sukar untuk meneruskan penggambaran di Running Man.

Lee Kwang Soo juga sudah berbincang dgn staf dan juga agensi serta ahli-ahli Running Man yang lain. Dan ia memerlukan waktu untuk sembuh sepenuhnya.

Dalam kenyataan yang sama, agensi nya turut menyatakan bahawa sukar bagi Kwang Soo untuk membuat keputusan ini selepas 11 tahun bersama Running Man.

“Ini adalah kerana program yang Kwang Soo anggap seperti rumahnya selama 11 tahun akan berakhir, dan ianya bukanlah satu hal yg mudah. Namun begitu, keputusannya ini tidak dapat dielakkan kerana Kwang Soo mahu menunjukkan yg lebih baik kepada penonton-penonton akan datang.”

“Kami berterima kasih kepada penonton atas sokongan yang diberikan kepada Lee Kwang Soo sepanjang berada dalam Running Man”

Lee Kwang Soo mengalami kemalangan pada Februari 2020. Telah menyebabkan tulang pada pergelangan kakinya patah.

Teks by Staff Media Kita

Sumber : Allkpops by Media Kita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas 11 Tahun Beraksi Bersama, Lee Kwang Soo Bakal Tinggalkan RunningMan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*